Pasar Raja Bot ditutup 7 hari

0
2
Orang ramai membuat persiapan Aidilfitri dengan membeli bahan-bahan basah di Pasar Chow Kit ketika tinjauan hari ini.

PASAR Raja Bot atau Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur akan ditutup selama tujuh hari berkuatkuasa esok hingga 30 Julai ini bagi tujuan sanitasi.

Berdasarkan notis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook memaklumkan, sepanjang tempoh penutupan, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu.

“DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan,” kata notis itu, hari ini.

Selain itu, Pasar Berbangunan Pudu turut ditutup tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Julai, juga bagi tujuan sanitasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here