Michelle Yeoh sekali lagi cipta sejarah!

0
3

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, terus cemerlang apabila menang trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Screen Actors Guild Awards (SAG) melalui filem Everthing Everywhere All At Once di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett, Danielle Deadwyler, Viola Davis dan Ana de Armas, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama memenangi trofi SAG.

“Saya fikir jika saya bercakap, hati saya akan meletup. SAG-AFTRA (merujuk kepada The Screen Actors Guild – American Federation of Television and Radio Artists) untuk mendapatkan trofi ini daripada anda yang faham erti sampai ke tahap ini, anda semua tahu perjalanan. Persis naik ‘roller-coaster’, ada naik dan turun.

“Tetapi apa yang paling penting, kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih. Ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya.

“Terima kasih kerana memberi saya tempat duduk dan meja pada malam ini. Anda menunjukkan kepada kami bahawa ia boleh berlaku.

“Saya bersyukur dan ibu saya akan berterima kasih kepada anda semua,” katanya ketika menerima trofi berkenaan.

Lakonan Michelle Yeoh dalam filem indie Everything Everywhere All At Once telah berjaya meraih banyak anugerah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Manakala pelakon gandingannya, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan juga membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Terdahulu, Michelle Yeoh merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada Anugerah Globe.

Sementara itu, pelakon gandingannya, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan turut membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Terbaik bagi wanita dan lelaki.

Bulan lalu, watak Evelyn Wang lakonan Yeoh menerusi filem Everything Everywhere All At Once yang ditayangkan Mac tahun lalu, membawa tuah apabila beliau memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe Ke-80.

Yeoh mencipta sensasi apabila menerima pencalonan Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 bagi kategori Aktres Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama Oscar itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here