
PASAR Raja Bot atau Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur akan ditutup selama tujuh hari berkuatkuasa esok hingga 30 Julai ini bagi tujuan sanitasi.
Berdasarkan notis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook memaklumkan, sepanjang tempoh penutupan, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu.
“DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan,” kata notis itu, hari ini.
Selain itu, Pasar Berbangunan Pudu turut ditutup tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Julai, juga bagi tujuan sanitasi. – Malaysiapost
