Sharifudin Abdul Rahim
MESKIPUN masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu bapa tetap membuat persedian persekolahan untuk anak-anak mereka.
Tinjauan Malaysiapost mendapati mereka tetap membeli kelengkapan seperti kasut, pakaian seragam dan lain lain, walaupun sesi persekolahan diadakan secara dalam talian.
Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Ani, berkata meskipun penularan Covid-19 masih membimbangkan, dia tetap bersemangat membuat persediaan sekolah anaknya.
“Persediaan sekolah kali ini sederhana sahaja dan hanya membeli keperluan utama seperti pakaian dan kasut,” katanya.
Beliau berkata pembelian itu juga sebagai persediaan awal sekiranya kerajaan mengumumkan pembukaan semula sekolah secara bersemuka. – Malaysiapost











