Ibu bapa tetap beli kelengkapan sekolah, meskipun PKP

0
2

Sharifudin Abdul Rahim

MESKIPUN masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu bapa tetap membuat persedian persekolahan untuk anak-anak mereka.

Tinjauan Malaysiapost mendapati mereka tetap membeli kelengkapan seperti kasut, pakaian seragam dan lain lain, walaupun sesi persekolahan diadakan secara dalam talian.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Ani, berkata meskipun penularan Covid-19 masih membimbangkan, dia tetap bersemangat membuat persediaan sekolah anaknya.

“Persediaan sekolah kali ini sederhana sahaja dan hanya membeli keperluan utama seperti pakaian dan kasut,” katanya.

Beliau berkata pembelian itu juga sebagai persediaan awal sekiranya kerajaan mengumumkan pembukaan semula sekolah secara bersemuka. – Malaysiapost

Seorang ibu sedang memilih kasut hitam sekolah untuk anaknya di sebuah Kedai Pakaian Sekolah di Kuala Lumpur.
Kelihatan pelajar-pelajar sekolah mencari pakaian sekolah yang sesuai dengan mereka di Kuala Lumpur.
Pakaian-pakaian sekolah tersusun kemas dipamerkan di luar premis Pakaian Sekolah di Kuala Lumpur.
Pelanggan sedang memilih kasut hitam yang sesuai.
Seorang ibu sedang mencuba pakaian sekolah kepada anaknya di sebuah Kedai Pakaian di Kuala Lumpur.
Kelihatan seorang pekerja sedang melayan pelanggan-pelanggan di Kedai Pakaian di Kuala Lumpur.
Orang ramai sedang mencari pakaian sekolah yang sesuai
Dua orang kanak-kanak sedang memilih beg baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here