NGO ingin bantu Turkiye dan Syria perlu daftar dengan NADMA

0
2

KEMENTERIAN Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mengalu-alukan penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk terbabit dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, hari ini Kementerian Luar Negeri telah mengadakan perbincangan bersama 28 NGO Malaysia yang menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan itu.

“Ini bertujuan memberi penerangan berhubung situasi semasa di lapangan terkesan serta menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan secara teratur dan selamat.

“Semua pihak NGO yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria diminta untuk berdaftar dengan NADMA melalui emel [email protected] bagi tujuan penyelarasan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, bagi pihak yang ingin menyertai bantuan kemanusiaan ke Turkiye, maklumat butiran delegasi serta senarai bantuan dan peralatan yang ingin dibawa juga perlu dimaklumkan melalui emel tersebut.

Selain itu, “Tabung Bencana Gempa Bumi di Turkiye dan Syria” di bawah seliaan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menerima sumbangan orang awam kepada mangsa-mangsa bencana itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here