Hadi henti buat kerosakan akidah pengikut PAS – Veteran Umno

0
2

VETERAN Umno menyeru Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya berhenti melakukan kerosakan kepada akidah pengikutnya dengan mengeluarkan fatwa politik menggunakan nama Islam.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, turut menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pemberian hadiah kepada pengundi bukan rasuah tetapi sedekah, adalah ‘tidak menghairankan’.

“Hadi seorang yang banyak mengeluarkan fatwa politik menggunakan Islam demi mencapai matlamat PAS. Fatwanya yang mengkafirkan orang Umno adalah yang paling lama sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyrakat, keluarga dan rumah tangga.

Semua masih ingat peristiwa solat dua imam. Kawin imam orang Umno tidak sah. Sembelihan orang Umno haram. Anak dan ibu bapa serta adik beradik putus hubungan kekeluargaan dan berbagai musibah berlaku akibat fatwa Hadi itu.

“Jadinya Veteran tidak pelik atau terkejut dengan pandangan terbaharu Hadi tentang rasuah, pemberian dan sedekah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi semalam menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Sementara itu, Mustapha berkata tindakan Presiden PAS tersebut mengeluarkan fatwa dan dalil-dalil politiknya telah berjaya sehingga pengikut parti itu mempercayai bahawa fatwa dan dalil terbabit betul dan benar.

“Kerana Hadi digelar sebagai Tuan Guru maka apa yang keluar dari mulutnya semuanya betul dan benar. Mereka tidak nampak keburukan dan kemunafikan Hadi yang telah melakukan kefasikan kepada diri mereka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Veteran Umno mendesak Abdul Hadi membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik fatwanya yang mengkafirkan orang Umno.

“Veteran Umno juga menyeru Hadi supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari melakukan kemungkaran demi kesejahteraan ummah dan bangsa Melayu,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here