IBU kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, meninggal dunia malam tadi.
Allahyarhamah Aminah Mohd Yusof, 79, menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja DiHilir di Ipoh, jam 11.15 malam.
Berita sedih itu dikongsi Saarani menerusi Facebooknya, pagi ini.
“Dimaklumkan, bonda tercinta kepada YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (10 Januari 2023 jam 11.15 malam) di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak,” kata hantaran itu.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Kampung Raban, Lenggong pada jam 11 pagi ini dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Raban. – Malaysiapost

