‘Kami datang sini tinggal famili, isteri dan anak-anak demi negara’

0
2

PENYERANG Harimau Malaya, Faisal Halim menegaskan semua pemain kebangsaan telah menyerahkan sepenuh jiwa raga demi negara namun tidak berhasil ke perlawanan akhir Piala AFF edisi kali ini.

Malah menurut Faisal, pemain sanggup meninggalkan keluarga serta anak isteri demi membawa cabaran negara pada kejohanan tersebut.

“Tinggal famili, tinggal isteri, tinggal anak… kami datang ke sini (Thailand) untuk negara. Percayalah perjuangan kami ikhlas bukan kerana wang ringgit, tapi untuk negara.

“Safawi (Rasid) baru saja bernikah tapi dia sanggup datang ke sini demi negara. Brendan (Gan) baru saja dapat ‘baby’ tapi dia tetap bersama kita demi negara,” katanya.

Ucapan penuh bersemangat itu disampaikan Faisal di depan penyokong Malaysia yang hadir ke Stadium Thammasat di Bangkok selepas separuh akhir Piala AFF malam tadi.

Malaysia gagal mara ke final apabila kalah 0-3 kepada tuan rumah sekali gus tewas dengan agregat 1-3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here