Shuk, Sera berdamai, tunai umrah bersama

0
2

STATUS rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isteri, Rossa Sera kembali menjadi bualan netizen apabila mereka dilihat menunaikan ibadah umrah bersama.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, Sera memohon orang ramai mendoakan agar urusan mengerjakan umrah bersama Shuk dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri.

“Gementar tapi gembira sangat. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berkenaan sekali gus mengiyakan dakwaan mereka sudah kembali berdamai.

Sementara itu, Shuk menerusi hantaran di Instagramnya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah buat kali kedua.

Pelawak itu turut memuat naik video dan gambar bersama isterinya mengerjakan umrah.

Media sebelum ini melaporkan pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang di dalam proses penceraian.

Kemelut rumah tangga pasangan ini bagaikan tiada kesudahan apabila Shuk dilihat seperti tidak menyesali dengan perbuatannya bermain kayu tiga di belakang Sera.

Sera pernah mendedahkan sendiri perbuatan curang suaminya itu menerusi beberapa perkongsian video yang dirakam ketika Shuk berada di rumah wanita terbabit.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain,6 dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia tiga tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here