Krisis politik Sabah: 5 ADUN Umno rela dipecat

0
2

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Sabah yang enggan menandatangani akaun berkanun (SD) untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor rela dipecat.

Kelima-lima mereka enggan menjadi sebahagian daripada individu yang bertanggungjawab untuk menggulingkan Hajiji, lapor Sabah Daily Express.

ADUN terbabit berkata, mereka lebih sanggup menubuhkan parti baharu di bawah Hajiji bagi menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Tindakan itu tidak masuk akal, jadi kami enggan menandatanganinya.

“Sebab itu ‘Langkah Sutera’ Khamis lalu gagal apabila kedua-dua Shafie (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan Bung (Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin) tidak hadir ke sidang media kerana bimbang tidak mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“Apabila ‘Langkah Sutera’ gagal, puak dengan Bung kemudian memutuskan untuk mencadangkan beliau sebagai calon Ketua Menteri dan bukan Shafie. Tetapi sekali lagi, kami tidak mahu mengambil bahagian dalam perkara itu,” kata mereka.

Lima ADUN itu ialah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Semalam, Hajiji berkata, beliau mendapat sokongan 44 ADUN termasuk lima daripada UMNO yang menentang tindakan Bung Moktar untuk menggulingkannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here