SATU lagi mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, ditemui hari ini menajdikan keseluruhan 26 mangsa yang terkorban ditemui setakat ini.
Mangsa yang juga lelaki dewasa itu ditemui jam 11.16 pagi tadi dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, memaklumkan
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa ke-26 itu di sektor B kawasan pencarian.
“Maklumat dikemaskini setakat jam 11:50 pagi , sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.
“Seramai 61 orang dalam keadaan selamat dan cedera. Manakala 26 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), tiga kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan lima dewasa (lelaki),” menurut hantaran itu.
JBPM Selangor memaklumkan pencarian masih berjalan atas membabitkan tujuh mangsa yang tidak ditemui lagi. – Malaysiapost

