Polis sedang siapkan kertas siasatan terhadap Presiden PAS

0
2

POLIS sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sebelum ini telah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) namun diarahkan mengambil beberapa tindakan lagi.

“Ini termasuk mengambil keterangan wartawan yang merakam ceramah Abdul Hadi di Kuantan, Pahang serta tindakan lain bagi menguatkan keterangan.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar semula ke TPR,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Marang itu hadir di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul untuk dirakam percakapan mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Abdul Hadi dipanggil polis susulan  laporan yang dibuat terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, pada 10 November lalu.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap PH, yang mengaitkan PH dengan fahaman komunis, anti raja serta anti tuhan dalam ceramah pilihan raya lalu. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here