YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Presiden Timor-Leste, Dr. Jose Ramos-Horta di Istana Negara, hari ini.
Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 3.00 petang tadi, Seri Paduka dan Ramos-Horta menyentuh berkenaan hubungan dua hala dan beberapa isu-isu kepentingan bersama antara Malaysia dan Timor-Leste.
“Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara dapat dipertingkat di dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama,” kata Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook.
Sebelum menghadap Seri Paduka, Presiden Timor-Leste mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya.
Ramos kini dalam lawatan khas ke Malaysia. -Malaysiapost

