Empat MP GRS tidak perlu kosongkan kerusi – Wan Junaidi

0
2
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

EMPAT Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Bersatu pada awal bulan Oktober 2022. 

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, 

perletakan jawatan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak memberi kesan kepada mereka sekali pun Akta Anti-Lompat Parti yang dikuatkuasakan pada 5 Oktober lalu.

“Saya ingin membuat penjelasan mengenai empat Ahli Parlimen GRS yang tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, keempat-empat ahli Parlimen Bersatu ini sudah meletak jawatan dalam parti pada awal Oktober iaitu sebelum PRU15.

“Jika itu situasinya, saya bersetuju dengan Peguam Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mana Akta Anti-Lompat Parti tidak terkesan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wan Junaidi menjelaskan, kerjasama politik GRS dan Bersatu berakhir awal bulan Oktober tahun ini sebelum PRU diadakan.

Justeru beliau berkata, mereka tidak melanggar Akta Anti-Lompat Parti.

Terdahulu, Wan Junaidi berkata, empat Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

Beliau yang merupakan menteri bertanggungjawab menggubal Akta Antilompat Parti yang dilulus di Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan Oktober 2022 berkata, sehubungan itu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan susulan pengosongan kerusi tersebut. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here