TIMBALAN Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini dengan mengadakan pertemuan ringkas bersama Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pagi tadi.
Selepas pertemuan yang berlangsung di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Rubiah bergegas ke Bangunan KKDW dan disambut Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Seri Ramlan Harun pada pukul 11.30 pagi
Rubiah yang merupakan Ahli Parlimen Kota Samarahan kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri KKDW, hari ini.
Beliau seterusnya diiringi ke pejabatnya dan menghadiri taklimat Kementerian.
Jumaat lalu, Rubiah antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keesokannya, beliau telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong. -Malaysiapost

