KDN nafi layanan buruk tahanan depoh Kimanis

0
1
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution speaking to media after launching MyPay application in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star               

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan tahanan di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis diberi layanan buruk.

Malah, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengingatkan supaya media tidak memberikan laporan daripada satu pihak sahaja.

“Saya telah dimaklumkan tentang perkara itu tetapi kalau kita nak overplay isu ini tak adil juga, kena tengok subjek terlibat, adakah dia mengamalkan gaya hidup sihat atau terlibat aktiviti tidak sihat yang menyebabkan fizikal menjadi susut dan kecil.

“Susut itu bukan sebab ditahan, tetapi sudah susut sebelum masuk lagi (ke depoh tahanan), keadaan fizikal dia yang susut dan lemah tidak berpunca daripada dia ditempatkan di pusat tahanan,” katanya lapor Astro Awani.

Saifuddin Nasution mengulas video dan gambar yang tular sebelum ini, memaparkan individu yang didakwa ditahan di Depoh Imigresen di Kimanis, dalam keadaan kurus dan tidak bermaya.

Video dan gambar itu tular sejak dimuat naik seorang pengguna Facebook.

Dalam video berdurasi 90 saat itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Salomon, merayu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengarah Imigresen negeri untuk membebaskan mereka.

Beliau turut memaklumkan jabatan itu sentiasa melakukan pemantauan di pusat tahanan dan memastikan sebarang isu dapat ditangani. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here