Anwar umum senarai Timbalan Menteri malam ini

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan pada jam 8.15 malam ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.

“Saya akan menghadap Agong petang ni. Insya-Allah 8.15 malam akan umumkan nama Timbalan Menteri,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Difahamkan Anwar akan menghadap Agong pada pukul 3 petang ini.

Terdahulu media melaporkan mereka yang terpilih sebagai Timbalan Menteri akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok.

Katanya, jumlah Timbalan Menteri itu mungkin akan dihadkan kepada satu bagi setiap kementerian, kecuali membabitkan beberapa kementerian yang disatukan.

Ia mengambil kira hasrat Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar, yang mahukan saiz Kabinet lebih kecil berbanding sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here