Umno nafi jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertandingkan

0
1

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi tidak menyentuh mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan terdapat perbincangan berhubung kedua-dua jawatan tersebut tidak dipertandingkan.

Justeru, beliau mengecam maklumat dalam bentuk infografik yang tular di media sosial mendakwa kononnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak akan ditandingi.

“Tiada sebarang perbincangan tentang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak akan ditandingi.

“Malah perkara itu tidak dibincang dalam mesyuarat MKT malam tadi. Yang tular itu ‘mamat’ tepi jalan yang buat, jangan mudah percaya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menerusi infografik yang tular itu, Umno kononnya dijangka meminda Perlembagaan bagi menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Ia turut memaparkan kononnya pindaan Perlembagaan akan dilakukan pada perhimpunan khas selain Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai Umno pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika pindaan berjaya dilakukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here