DRAF akhir perjanjian gabungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan akan siap dalam masa terdekat ini.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beberapa perbincangan diadakan berkaitan perjanjian itu dan akan ditandatangani semua parti terlibat tidak lama lagi.
“Adalah amat penting perjanjian gabungan ini untuk semua parti politik bersama sebagai satu pasukan, ia amat penting.
“Kita perlu menjaga setiap rakan dalam kerajaan gabungan ini,” katanya memetik laporan FMT, hari ini.
Menteri Luar berkata, perjanjian itu akan ditandatangani selepas semua parti terlibat berpeluang untuk meneliti kandungan dokumen tersebut.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kandungan perjanjian itu tetapi menjelaskan ia akan diberitahu kelak. – Malaysiapost

