Safawi, Syifa Melvin nikah malam ini?

0
2

MESKIPUN tetap mengunci mulut mengenai berita perkahwinan mereka, namun laman Instagram pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, terus dihujani ucapan tahniah daripada penyokong bola sepak dan selebriti tempatan.

Safawi yang memuat naik hantaran ‘Bismillahirrahmanirrahim’, seolah-olah memberi bayangan mengenai berita pernikahannya bersama pelakon yang juga pempengaruh, Syifa Melvin, 28, yang dikatakan bakal berlangsung malam ini di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Malah, Syifa turut meninggalkan komen hati berwarna merah pada hantaran Safawi itu.

Sebelum ini, tular kad undangan majlis ijab dan kabul mereka yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Difahamkan ada pihak sudah mengetahui mengenai majlis bahagia Safawi dan Syifa itu, namun bertindak mengunci mulut.

Dikatakan majlis pernikahan itu hanya dihadiri tetamu tertentu saja.

Sejak kebelakangan ini, kisah perancangan perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut- sebut iaitu 29 November dan 3 Disember.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir ini juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kisah yang bertebaran kencang ini diperkuatkan lagi dengan kelibat Safawi sebagai tonggak utama JDT yang tidak muncul dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan itu pada final Piala Malaysia, malam kelmarin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here