Jadilah pembangkang versi baharu, ‘jual’ politik penyelesaian – Khairuddin

0
2

BEKAS Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menasihati pemimpin parti politik supaya menghentikan budaya tuduh-menuduh, sebaliknya memberi fokus kepada ‘politik penyelesaian’.

Beliau berkata, sikap saling tuduh-menuduh ini hanya akan meresahkan rakyat memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah pun berakhir.

Katanya, rakyat ketika ini meletakkan harapan supaya kerajaan baharu yang mentadbir negara dapat memberi fokus kepada usaha meningkat ekonomi isi rumah.

“Saling tuduh-menuduh bukan penyelesaian. Rakyat mahukan politik penyelesaian pada masalah ekonomi mereka. Kenaikan kos hidup dan kenaikan harga barang pasca covid.

“Ini yang meresahkan rakyat dan mereka mahukan penyelesaian. Hari ini mereka meletakkan harapan terhadap kerajaan baru meski siapa pun menjadi kerajaan kerana PRU telah berakhir,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, rakyat tidak lagi mampu untuk menanti lima tahun lagi, serta berharap pihak yang mendapat mandat perlu bekerja.

“Pembangkang perlu bersepakat membantu. Budaya menuduh adalah budaya lapuk.

“Kalau mahu jadi pembangkang perlu pembangkang versi baru yang menjual politik penyelesaian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here