Maszlee bakal Menteri Pendidikan?

0
1

BEKAS Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik seakan menimbulkan persoalan ‘cakap-cakap’ beliau akan dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Instagramnya (IG), bekas Menteri Pendidikan itu memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen ringkas: “Betul ke? Saya pun tak tahu. Kita hanya mampu berdoa.”

Hantaran yang dimuatnaik Maszlee satu jam lalu itu, menerima maklum balas positif daripada netizen dengan rata-ratanya bersetuju sekiranya beliau dilantik semula menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Semoga betul, demi anak bangsa dan negara. Dr sahaja yang  layak untuk pegang KPM, kalau orang lain pegang KPM hancur,” kata AzreenWardahh.

“Assalamualaikum Dr Maszlee, walaupun Dr tewas pada PRU baru-baru ini, saya amat berharap Dr dapat menjadi Menteri Pendidikan semula. Semalam saya rasa murung kerana fikirkan masalah pendidikan anak-anak sekarang ini,” tulis khalilasmf.

“Kami mahu Dr Maszlee menerajui KPM,” tulis ahdarina_mohamed.

Pada PRU15, Maszlee yang bertanding atas tiket PH tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam.

Maszlee pernah dilantik sebagai Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.

Ketika ini, satu inisiatif mengumpul tandatangan bagi menyokong Maszlee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, seterusnya diangkat sebagai Menteri Pendidikan sedang digerakkan.

Inisiatif tersebut digerakkan menerusi laman change.org. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here