Sabar KJ, pemilihan Umno tak sampai 6 bulan lagi – Ahmad Zahid

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=680313186798641&set=pb.100044598962055.-2207520000.&type=3

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bersabar kerana pemilihan parti itu bakal diadakan kurang enam bulan lagi.

Menerusi komen balas pada hantaran Khairy di Facebook semalam, Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan.

“Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (Umno) tak sampai enam bulan pun.

“Seluruh perwakilan akar umbi Umno juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka,” katanya.

Pada Selasa lalu, Khairy dalam satu hantaran di Facebook menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik Ahmad Zahid.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan semula bahawa sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu Umno.

“Kenapa sekarang baru nak bersuara?

“2018 saya lawan Ahmad Zahid untuk Presiden Umno. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

“Kau kalah tak payah komen.

“Saya masih ahli Umno. Ahli Umno ada hak bersuara,” kata Khairy dalam hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here