Selepas Loke, Guan Eng pula mohon maaf kepada Sarawak 

0
2

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng memohon maaf atas teguran yang mungkin menyinggung perasaan Premier Sarawak dan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).  

Permohonan maaf itu hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melakukan perkara sama kepada kerajaan Sarawak dan rakyat negeri itu. 

Menurut Guan Eng, masa depan negara adalah lebih penting. 

“Marilah kita membuat permulaan baharu untuk bekerjasama bagi memelihara kepelbagaian, keterangkuman dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya. 

“Serta melindungi Perlembagaan Persekutuan untuk manfaat semua di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Ahli Parlimen Bagan itu menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu, Loke berkata, DAP memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Sarawak dan rakyat negeri itu jika ada pemimpin parti tersebut pernah mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan. 

Permohonan maaf dibuat Loke selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman beliau di Kuching hari ini. 

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. 

Loke berharap pertemuan tersebut akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi Malaysia yang lebih maju dan progresif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here