PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu menyaksikan rakyat memilih untuk kerajaan yang bersih dan semua pihak harus faham dan menghormati keputusan itu
Pemimpin Perikatan Nasional (BN) Johor, Badrul Hisham Shahrin, berkata semua pihak termasuk Istana Negara harus harus hormati dan memahami kehendak keputusan PRU-15 itu.
Beliau mendakwa, pilihan raya itu diadakan secara tergesa-gesa kerana ingin melepaskan ‘kluster mahkamah’ membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lain lain.
“Rakyat telah memilih untuk kerajaan bersih…Kerana itu BN kalah banyak kerusi walaupun calon-calon BN bersungguh tolak naratif undi BN = undi untuk bebas kluster mahkamah.
“Undi Pakatan Harapan (PH) dapat pula kerana ada yang tertipu konon PH lawan kluster mahkamah walaupun memang secara sulit Anwar (Pengerusi PH Datui Seri Anwar Ibrahim) dan Ahmaf Zahid ada rundingan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard, mendakwa selepas PRU apabila misi Anwar dan Ahmad Zahid gagal untuk dapat majoriti membentuk kerajaan, maka mereka membuat kekecohan serta mengasak Istana Negara untuk “kerajaan perpaduan” kononya.
Menurutnya, parti komponen PH iaitu DAP pula mengambil kesempatan dalam situasi itu untuk bersama membentuk kerajaan kerana Pengerusinya Lim Guan Eng juga termasuk dalam kluster mahkamah dan kesempatan itu juga digunakan untuk memastikan agenda 22 bulan PH yang tertangguh boleh dilaksana dengan cara halus dengan turut berada dalam kuasa.
“Istilah kerajaan stabil akan digunakan untuk sorokkan agenda melepaskan kluster mahkamah. Isu anti Islam dan anti agenda pemerkasaan Bumiputera ditiup untuk elak kerajaan dominan pribumi dibentuk.
“Istana Negara harus hormati dan memahami kehendak keputusan PRU-15 itu. Orang kaya dan pemodal besar sedang bermain dengan kekayaan mereka dalam menentu masa depan negara.
“Ini telah menjadikan secara terang-terang Ahmad Zahid berani menipu Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – Malaysiapost

