PERIKATAN Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN hari ini.
Menurutnya, mesyuarat khas itu antara lain membincangkan mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.
Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan PN, namun ditolak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN itu berkata, partinya telah memutuskan sebulat suara menolak kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Malam tadi mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan parti akan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan bukan dengan PN. – Malaysiapost

