BN mohon tangguh menghadap Agong

0
2

Najamuddin Mohd Nor

BARISAN Nasional (BN) memohon penangguhan titah Yang di Pertuan Agong  menghadap 30 Ahli Parlimen secara individu esok. 

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan yang berkata, BN memohon penangguhan itu kerana banyak perkara yang belum diteliti. 

“Kita dah minta penangguhan (menghadap Agong) kita meniliti banyak perkara lah kedudukan parti macam-macam. 

“Dari segi memilih mana satu belum buat keputusan (PH atau PN). Meneliti beberapa perkara lagi. 

“Kita minta istana boleh tangguh atau tidak. Setiausaha Agung dah maklumkan tadi. Kalau tangguh-tangguh lah,” katanya kepada media di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN. 

Bagaimanapun Saravanan enggan mendedahkan perincian mesyuarat berkenaan namun menjelaskan pendirian BN tidak berganjak iaitu berkecuali daripada memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. 

Penangguhan itu turut disahkan oleh Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon. 

“Kita mengekalkan keputusan pagi tadi untuk kita tidak memihak kepada sesiapa. 

“Jadi kita terpulanglah kepada Presiden atau Pengerusi BN untuk memaklumkan kepada Tuanku.

“Kita (BN) sudah meminta penangguhan. Biar Pengerusi BN perincikan maklumat lanjut. Sehingga hari ini kita tak ada apa-apa perubahan pendirian kita. Masih kekal pendirian kita seperti pagi tadi,” katanya. 

Manakala Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. 

“Apa yang dibincangkan telah pun dibincangkan tadi, tunggu sajalah kenyataan daripada parti,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here