Lebih 23,000 tandatangani petisyen gesa GPS tolak PN

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=704309551053236&set=pb.100044225926298.-2207520000.&type=3

LLEBIH 23,400 menandatangani petisyen secara dalam talian menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan setakat setakat 9.45 malam tadi.

Petisyen yang dilancarkan menerusi Change.org semalam itu dibuat selepas seorang ADUN Sarawak menggesa GPS menolak gabungan dengan PN dan parti komponennya PAS kerana mendakwa dianggotai ‘pentaksub perkauman’.

Bekas pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, Ahli Parlimen negeri itu mesti mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk ‘mengkristiankan Malaysia’ oleh Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin kemudian menjelaskan ucapannya diambil di luar konteks oleh lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Baru turut mendakwa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai ‘pentaksub agama dan kaum’ dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.

Semalam, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS setuju bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil.

Namun, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ia berunding dengan GPS atau PN mengenainya.

Difahamkan, GPS memutuskan untuk bekerjasama dengan PN kerana beranggapan Barisan Nasional (BN) juga bersetuju untuk menyertai gabungan itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here