Anwar, Muhyiddin tiada majoriti, kedua-duanya dititah ke Istana Negara – Istana Negara

0
2

ISTANA Negara mengesahkan kedua-dua calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tiada majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRUIS).

Menurutnya, ia bagi pembentukan kerajaan baharu daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi Parimen yang banyak.

Bersama pemakluman tersebut katanya, ketua parti-parti dan gabungan politik berkenaan turut mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara.

“Lanjutan daripada penerimaan pencalonan nama tersebut, proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Proses ini bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kendatipun begitu, setelah dipersembah hasil pengesahan calon-calon, didapati tiada ahi Dewan Rakyat mendapat kepercayaan mojoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sehubungan itu Ahmad Fadil berkata, memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here