PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) terus berdolak-dalih berhubung pembentukan kerajaan campuran dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu mengadakan mesyuarat pagi tadi.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui pemberita berkata, tiada rundingan rasmi dengan PH dibuat di Hotel Seri Pacific ini, sebaliknya mereka menerima kunjungan mereka sebagai ‘tetamu’.
Malah, Perdana Menteri itu berkata, sehingga kini akuan bersumpah (SD) bagi menamakan calon Perdana Menteri juga belum ditandatangani.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, BN juga sudah meminta penangguhan penyerahan SD kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
“Tidak bincang apa..tak berunding… tetamu datang rumah kita layan, borak biasa.
“Rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) ke dengan PH ke semua tak buat lagi.
“Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa,” katanya. – Malaysiapost
Kredit Foto: Twitter Fahmi Fadzil

