Zahid dakwa Ahli Parlimen BN sepakat pilih calon PM

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana-mana Ahli Parlimen parti itu yang menandatangani sebarang dokumen terutama akuan bersumpah (SD) untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu melanggar Perlembagaan parti.

“Bersama saya ialah 26 daripada 30 Ahli Parlimen BN. Kita telah putuskan bahawa ketetapan parti yang ditentukan Majlis Tertinggi BN sebagai ‘standing order’ yang wajib diikuti oleh semua Ahli Parlimen BN

“Mana-mana individu selaku Ahli Parlimen yang tandatangani sebarang dokumen terutama SD untuk namakan sesiapa saja sebagai PM adalah tidak sah. Ia melanggar ketetapan parti dan langgar akuan bersumpah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan dengan pimpinan Umno dan BN, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini BN tidak melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional (PN).

“Dalam hal ini mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan (Ahli Parlimen BN sokong individu sebagai PM) adalah tidak benar. Ini kerana kita tidak ada perbincangan dengan PN.

“Kita juga ambik ketetapan bahawa Ahli Parlimen BN akan buat keputusan. (Justeru), mana-mana gabungan politik bagi bentuk kerajaan baharu berdasarkan (keputusan) jawatankuasa rundingan yang dibentuk hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Dewan Tertinggi BN akan putuskan semua maklum balas berhubung rundingan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Malah, Ahmad Zahid juga meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, untuk memanjang sedikit tempoh untuk Ahli Parlimen BN mengemukakan SD.

“Pada hari kami Ahli Parlimen BN telah sepakat hantar SD kepada surat yang diberi oleh Speaker.

“Maka kita harap Speaker dapat panjangkan sedikit jangka waktu yg agak fleksibel untuk kemukan SD,” katanya.

Semalam, Azhar meminta semua parti politik yang memenangi jumlah kerusi mencukupi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengemukakan bukti bahawa sudah memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, berkata surat makluman mengenai perkara itu sudah diutuskannya kepada ketua dan setiausaha agung parti politik terbabit.

Kenyataan itu merujuk titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ketua parti dan ketua gabungan parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi tujuan pembentukan kerajaan baharu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here