Anwar, Zahid dan pemimpin PH, BN hadir perjumpaan di ibu negara

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific di ibu negara untuk hadir perjumpaan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebentar tadi.

Perjumpaan itu dipercayai berkaitan soal pembentukan kerajaan Persekutuan dan negeri Perak dengan Pakatan Harapan (PH).

Turut hadir beberapa pemimpin PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Di pihak BN pula, yang hadir ialah Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin BN yang ditemui memaklumkan pertemuan di Hotel Seri Pacific itu selepas menerima jemputan daripada Ahmad Zahid.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PH memperoleh 82 kerusi manakala Umno mendapat 30 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here