Wetrom menang di Kota Marudu

0
2

CALON Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahand memenangi Parlimen Kota Marudu dalam persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, keputusan pengundian bagi Parlimen P.168 Kota Marudu telah selamat diterima dan diumumkan pada 6.40 pagi, hari ini.

“Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.168 Kota Marudu telah dimenangi oleh calon Datuk Wetrom Bahanda daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dengan jumlah 24,318 undi dan majoriti sebanyak 8,174 undi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Wetrom menewaskan Datuk Seri Maximus Ongkili yang juga penyandang kerusi itu selama 27 tahun.

Wetrom memperolehi sebanyak 24,318 undi untuk mengalahkan Ongkili, yang dianggap ‘gergasi’, namun hanya mampu meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru semalam.

Keputusan terkini PRU15 adalah Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Sementara, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu), KDM (satu) dan calon Bebas (dua). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here