Wanita Umno Kedah cadangkan BN jadi pembangkang yang efektif

0
2

WANITA Umno Kedah mengambil ketetapan mencadangkan Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk menjadi pembangkang yang efektif supaya semak dan imbang boleh disuarakan di Parlimen.

Ketuanya Datuk Sharifah Maznah Barakbah, berkata langkah itu juga bagi membolehkan parti berkenaan dapat diperbaiki daripada dalam dan pembersihan ‘parasit’ di dalam parti.

Bagaimanapun, menurutnya jika kita dititahkan untuk bergabung, beberapa perkara wajar diambil kira sebagai syarat.

“Analisa kekuatan parti komponen dalam gabungan baru ini perlu dibuat dan digunapakai dalam pengagihan tanggungjawab di dalam kabinet yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri yang bakal dilantik oleh Agong.

“Jangkaan jumlah kerusi gabungan adalah 131 kerusi dan peratusan kekuatan adalah PAS (37.4 peratus), BN (22.9 peratus), Blok Borneo (21.3 peratus) dan Bersatu (18.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, syarat itu perlu diambil kira kerana, sejarah telah tercatat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Jumlah kerusi yang dimenangi BN adalah lebih besar tetapi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diterajui Bersatu dan Ketua Menteri juga bukan daripada BN.

“Secara tidak langsung, peranan BN telah diperkecilkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here