PRU15: 47 wanita diberi mandat di Parlimen dan DUN

0
2

SERAMAI 47 wanita yang bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Daripada jumlah itu, 32 orang dipilih sebagai Ahli Parlimen daripada 127 orang yang bertanding, manakala 15 daripada 60 menang di kerusi DUN.

Antara calon wanita Pakatan Harapan yang menang kerusi Parlimen ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak, Teo Nie Ching (Kulai), Teresa Kok Sim (Seputeh) dan Hannah Yeoh (Segambut).

Calon lain, Datuk Nancy Shukri (Santubong), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan) dan Rodiyah Sapiee (Batang Sadong).

Dalam pada itu, antara calon wanita Barisan Nasional yang memenangi kerusi adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) Datuk Siti Aminah Aching (Beaufort).

Bagi calon wanita Perikatan Nasional, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.

PRU15 menyaksikan penurunan jumlah calon wanita iaitu 187 orang bertanding 251 orang sewaktu PRU14 pada 2018.

Pilihan raya kali ini turut menyaksikan PH memenangi 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Warisan (tiga), PBM satu kerusi dan dua calon bebas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here