Dapat sokongan GPS, GRS, Muhyiddin yakin dilantik PM ke-10

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=701013428049515&set=pb.100044225926298.-2207520000.&type=3

TAN Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau akan memperoleh bilangan sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Beliau (Abang Johari) telah memaklumkan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Saya juga mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga telah menyatakan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya.

Muhyiddin berkata, beberapa lagi ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen sama.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperoleh bilangan sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here