Speaker mohon parti kemukakan nama PM ke-10

0
2

YANG Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azizan Harun meminta setiap parti mengemukakan calon Perdana Menteri ke-10 yang dipersetujui daripada gabungan yang akan menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Azizan berkata, pihaknya telah mengutuskan surat kepada ketua dan setiausaha agung setiap parti termasuk calon Bebas yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bersetuju untuk menyertai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, semua parti mesti mengemukakan surat akuan berkanun daripada setiap Ahli Parlimen menyatakan nama Perdana Menteri ke-10 yang dipersetujui daripada gabungan yang dibentuk dengan terang dan jelas.

“Dokumen-dokumen yang tersebut di atas perlu diserahkan kepada Istan Negara selewat-lewatnya pada hari Isnin, 21 November 2022 sebelum jam 2 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here