‘Kenapa ajak BN yang korup, penyamun bentuk kerajaan’ – Shabery Cheek

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, membidas tindakan pihak yang cuba memujuk Barisan Nasional (BN) apabila berlaku Parlimen tergantung.

Beliau berkata, mereka sepatutnya bekerjasama dengan parti yang dikatakan jujur kerana sebelum ini BN dilabel parti korup dan mengambil duit rakyat.

“Bila Parlimen tergantung ramai yang cuba memujuk.. Marilah BN bersama PN (Perikatan Nasional) bentuk kerajaan demi Melayu.

“Marilah BN bersama PH (Pakatan Harapan) bentuk kerajaan Malaysia yang progresif.

“Saya kata, kenapa ajak parti yang dikatakan korup dan penyamun? Carilah di kalangan yang benar2 baik dan tak ada dosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan PN bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan PN adalah lebih realistik, berbanding pembentukan kerajaan yang diketuai PH.

Selain itu, memetik kenyataan wartawan veteran A Kadir Jasin, beliau mendapat perkhabaran bahawa kemungkinan wujud kerjasama antara BN dan PH.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, PN dan PH akan menyatakan apa-apa kenyataan sebelum ini kepada BN adalah ‘cakap-cakap’ politik semasa pilihan raya.

“(Mereka akan kata) lupakanlah, lepas ni boleh sama-sama bentuk kerajaan dan sedia tawarkan jawatan yang sesuai. Yang penting kami nak bentuk kerajaan. Tanpa BN tak boleh.

“Kalau BN serius, sepatutnya bukan jawatan yang dikejar, kena tanya apakah mereka nak bertindak terhadap Tommy Thomas, terhadap Zeti, juga tentang Hakim Nazlan?

“Sebab selama ini mereka tak pernah ada pendirian tentang semua ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here