Tun M jauh ketinggalan di Langkawi

0
2

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jauh ketinggalan di kerusi Parlimen Langkawi yang cuba dipertahankannya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu hanya mendapat 2,249 undi setakat kiraan sehingga jam 11.05 malam tadi.

Kerusi berkenaan didominasi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 10,871 undi setakat ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj pula mendapat 6,400 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) Zabidi Yahya (2,662 undi) dan calon Bebas, Abd Kadir masih belum mendapat sebarang undi.

Jumlah keseluruhan undi di P004 Langkawi yang sudah dikira adalah sebanyak 22,182 undi dengan keseluruhan 66,777 pengundi berdaftar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here