MB syukur, hampir semua kerusi di Kelantan PN menang besar

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=669313207885852&set=pb.100044215370525.-2207520000.

Perikatan Nasional (PN) Kelantan manzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar di Kelantan yang dijangka memperoleh kesemua 14 kerusi Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Yakob, berkata kemenangan itu amat bermakna buat mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Walaupun belum rasmi, namun keputusan terkini memihak kepada PN dan Insya-Allah kita sapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen.

“Apa yang mengejutkan, kita berjaya merampas kerusi Parlimen Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“Hampir keseluruhan kerusi Parlimen kita mencatatkan majoriti yang besar,” katanya pada sidang media di Kota Bharu malam ini.

Menteri Besar Kelantan itu turut berterima kasih kepada penyokong PN termasuk pengundi luar.

“Di kesempatan inj saya memohon dan menyeru penyokong supaya menyambut kemenangan dengan penuh syukur dan tidak membangkitkan suasana tidak harmoni,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Ahmad Yakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here