PAS hampir pasti sapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan

0
2

PAS hampir pasti menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia juga menyaksikan PAS merampas tiga kerusi milik Barisan Nasional (BN) iaitu Parlimen Ketereh, Gua Musang dan Machang.

Daripada 14 kerusi itu, hampir kesemua kerusi Parlimen sudah selesai proses pengiraan yang kesemuanya dimenangi PAS.

Paling mengejutkan calon BN Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyandang kerusi itu selama 11 penggal, tewas kepada calon PAS, Mohd Azizi Abu Naim.

Malah, kerusi Parlimen Machang disandang Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga dirampas calon PAS, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here