BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah bagi Parlimen Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Gagasan Tanah Air (GTA) itu tiba di pusat pengundian tersebut bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Beliau mengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah yang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan.
Kerusi Parlimen Kuala Kedah disandang Dr Azman Ismail daripada PKR yang kali ini bertanding di bawah PH bagi mempertahankan kerusi itu.
Di Parlimen Langkawi, Dr Mahathir berdepan empat lawan iaitu Datuk Armishah Siraj (BN); Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas). – Malaysiapost
Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

