KJ akui tiada pilihan, harap Tok Mat menang di Rembau

0
1

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin selesai membuang undi di Parlimen Rembau dengan memberi sokongan penuh terhadap Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya berasa gembira dapat balik Rembau untuk mengundi, saya telah mengundi untuk Mat Hasan (Tok Mat) tadi.

“Saya kena bagi tahu, saya tidak ada pilihan lain dan beliau memang calon pilihan saya di Rembau. Saya harap beliau menang dengan bergaya di sini. InsyaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Agama Hj. Mohd Yatim, Kota, Rembau pagi tadi.

Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berharap agar kehadirannya di Sungai Buloh akan mendapat sokongan pengundi tempatan dengan memberi peluang kepadanya untuk berkhidmad sebagai Ahli Parlimen.

Katanya lagi, beliau tetap akan membantu penduduk di Rembau meskipun tidak lagi menjadi wakil rakyat di sana.

Jelasnya, banyak memori beliau di Parlimen Rembau yang tidak mungkin dapat dilupuskan dari ingatan.

“Banyak sangat 14 tahun nak menyingkap kembali memori yang indah. Tetapi saya tak tinggalkan Rembau. Saya masih lagi ahli Umno di sini.Walaupun saya di Sungai Buloh, masih boleh berkhidmat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan pengundi untuk keluar awal mengundi dan disebabkan cuaca tidak menentu digalakkan membawa payung serta memakai pelitup muka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here