WARGA Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, hari ini.
Tidak ketinggalan, artis-artis tanah air turut sama keluar mengundi bagi menentukan masa depan negara.
Semakan Malaysiapost di Instagram mendapati golongan selebriti teruja turun mengundi di pusat pengundian berdaftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagi pelakon Elfira Loy atau mesra disapa El, dia pengundi ke-12 dan antara individu awal yang tiba di pusat pengundian sekitar jam 7.50 pagi tadi.
Akui gementar sehingga tidak dapat melelapkan mata semalam, El berkongsi sedikit tips kepada para pengundi.
“Pastikan anda berada di tempat mengundi yang betul dan periksa saluran mengundi anda. Kemukakan IC, dan tangkap layar semakan datar pemilih dari lawan web SPR.
“Tidak perlu bawa pen, dan cecair sanitasi tangan kerana disediakan di tempat mengundi. Lebih pantas kalau anda mudahkan proses pengundian,” tulisnya.
Sementara itu, ini antara selebriti yang turut memuat naik gambar selesai membuat pengundian:
“Sangat cepat, kemas dan teratur. Nora di saluran 4 tidak sampai 15 minit beratur dan selesai mengundi. Mama di saluran 2 lebih kurang 20 minit,” kata pelakon Nora Danish.

“Selamat mengundi,” kata pelakon Datuk Adi Putra.

“Saya sudah. Tempat jatuh lagi dikenang. Rezeki tahun ini bila tempat mengundi si sekolah menengah saya 2003-2007,” kata penyampai radio, Radin Era.

“Alhamdulillah, akhirnya. Semoga pemimpin yang kita pilih merupakan pemimpin yang jujur, amanah dan tanggungjawab,” kata pelakon Rozita Che Wan. – Malaysiapost


