Peratusan mengundi tinggi mampu menangkan PN – Hadi

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) yakin peratusan keluar mengundi yang tinggi dapat dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, momentum pengundi keluar membuang undi pada sebelah pagi disifatkan menggalakkan berikutan cuaca baik termasuk di Terengganu.

“Saya menyeru seluruh pengundi Islam dan bukan Islam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Sebagai orang Islam mengundi adalah wajib dan kita tidak boleh ketinggalan dalam menunaikannya.

“Bagi orang bukan Islam juga, mereka kena tunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin masing-masing. Kita perlu manfaatkan amalan demokrasi dengan cara yang baik dan sopan,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Ditanya mengenai peluang PN, Presiden PAS itu berkata, beliau optimis gabungan itu mempunyai peluang yang cerah berdasarkan momentum sokongan yang ditunjukkan rakyat terutama pengundi muda.

“Alhamdulillah saya lihat sambutan sangat baik ketika melawat seluruh Semenanjung iaitu dari Perlis sampai Johor.

“Sambutan di semua perjumpaan sangat menggalakkan khususnya kehadiran anak-anak muda. Ini petanda yang baik kepada kami (PN),” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menzahirkan rasa syukur kerana kempen PRU15 berlangsung dalam suasanan hormani tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Alhamdulillah saya dapati tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku di selurah negara. Ini satu keadaan yang baik dan kita harap suasana aman ini berterusan walau apa pun keputusan pilihan raya nanti,” katanya.

Ditanya mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61. awal pagi tadi, Abdul Hadi berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terpulanglah kepada SPR untuk buat keputusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here