PRU-15: Polis beri amaran jangan cuba ancam ketenteraman awam, esok

0
1

POLIS memberi amaran dengan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutamanya yang boleh menjejaskan proses pembuangan undi esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi penugasan hari pembuangan undi esok dengan pembabitan 80,000 petugas.

Menurutnya, PDRM juga menggerakkan semua elemen yang ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pembuangan undi seterusnya semasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, PDRM melaksanakan Op lancar dengan tumpuan kepada lokasi strategik yang kerap berlaku kesesakan lalu-lintas.

“Semua pihak diingatkan tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan selepas PRU-15 berakhir.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here