Orang Melayu mahu BN semula di DUN Pasir Panjang

0
1

SENTIMEN orang Melayu mahu Barisan Nasional (BN) kembali memimpin negara amat dirasai di Parlimen Lumut terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan melabuhkan tirainya beberapa jam sebentar lagi. 

Angin perubahan itu turut diperkuatkan lagi dengan prestasi hambar wakil rakyat terdahulu yang lebih mementingkan isu nasional daripada setempat. 

Bagi Jasmi Udaman, 45, berkata, PRU15 ini memberi peluang untuk rakyat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang kembali memilih wakil rakyat dari BN

“Pasir Panjang ni wakil rakyatnya dulu dari Amanah, Pakatan Harapan. Parlimen Lumut dapat kat PH juga dulu. Prestasi kedua-duanya biasa sahaja, yang Adun setakat selalu nampak muka pada majlis kenduri dan kematian sahaja. 

“Yang jaga Parlimen Lumut dulu tak tinggal di sini, jarang nampak muka. Lagi pun wakil rakyat PH ni suka tumpu isu nasional, isu setempat macam pandang sebelah mata sahaja. 

“Jadi rugi orang Pasir Panjang, nak mengadu masalah pun susah. Kali ni kita mahu tukar, elok BN, kita nak pilih BN semula,” katanya kepada Malaysiapost

Sementara itu bagi Mohd Ridzuan Abdullah pula berkata, personaliti calon orang muda dari BN, Mohd Rafiq Mohd dilihat dapat menambat hati pengundi di DUN Pasir Panjang. 

Katanya, minggu ini calon PAS untuk Perikatan Nasional (PN) Rosli Abd Rahman menjadi buah mulut penduduk setempat apabila beliau merupakan suami kepada calon PAS yang kalah bertanding di kerusi DUN berkenaan pada dua PRU sebelum ini. 

“Rafiq berpeluang untuk menang, dia muda, rajin bekerja bantu rakyat sebelum ini, berbanding dengan sebelum ini, lagipun orang Melayu takut undi PH kerana ancaman DAP. Kita dah tahu perangai buruk DAP macam mana sebelum ni. 

“Yang PN pulak, macam tak ada orang lain dah. Dulu isteri dia bertanding, kalah dua kali, suami pulak bertanding. Dah macam kisah filem tamil. Jadi parti anak beranak. 

“Tadi dapat pulak risalah undi PAS masuk syurga. Tunggang agama pulak. Nampak sangat terdesak nak dapat undi,” katanya. 

Mohd Rafiq berdepan pertembungan lima penjuru di DUN Pasir Panjang. 

Selain menghadapi cabaran penyandang, Yahaya Md Nor dari Pakatan Harapan (PH), beliau juga akan berdepan cabaran  Nur Inderasyawalis Ahmad Mukhtar dari Warisan, Rosli Abd Rahman dari Perikatan Nasional dan Mohd Norazlee Mohd yang mewakili GTA. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here