BN terbuka terima kritikan, pandangan rakyat

0
1

BARISAN Nasional (BN) menerima dengan terbuka segala kritikan terhadap parti itu dan bersedia untuk menerima pandangan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN kini telah bergerak kehadapan untuk melakukan reformasi di dalam parti dan kerajaan.

“BN bersedia untuk membuka lembaran baru, dengan membuat dasar-dasar yang lebih baik dan mengukuhkan pembangunan.

“Kami berjanji untuk melakukan perubahan yang progresif dalam masa beberapa bulan yang akan datang.

“BN berjanji, untuk memberikan yang lebih baik kepada rakyat selepas pilihan raya ini,” katanya menerusi kenyataan perutusan hari mengundi.

Beliau berkata, BN selain itu turut a beriltizam untuk mengangkat martabat Sabah dan Sarawak.

“Kami berjanji untuk membuka ruang bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada orang Sabah/Sarawak. Ini menunjukkan kesungguhan BN dalam memartabatkan wilayah-wilayah di Malaysia Barat.

“Kami komited kepada keperluan untuk menghidupkan semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Hakikatnya, memajukan Sabah dan Sarawak juga akan membolehkan, lebih banyak peluang ekonomi yang akan membawa kembali Malaysia kepada kegemilangannya,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here