Ahli Parlimen pembangkang terima peruntukan RM900,000

0
1

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan dakwaan Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima peruntukan Parlimen mereka dari tahun 2021 hingga 2022.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor itu berkata, semua Ahli Parlimen mendapat peruntukan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM900,000 dalam tempoh berkenaan.

“Saya sudah buat pemeriksaan dengan bahagian yang bertanggungjawab mengagihkan peruntukan berkenaan, dan mereka memaklumkan bahawa kesemua peruntukan itu telah diberikan kepada kesemua Ahli Parlimen.

“Malah, saya juga ada menghubungi beberapa Ahli Parlimen pembangkang mengenai perkara ini dan mereka juga dapat sudah terima peruntukan ini,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa tiada peruntukan disalurkan Kementerian Kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang sepanjang tempoh 2021 hingga tahun ini.

Tengku Zafrul menegaskan Dzulkefly yang juga penyandang Parlimen Kuala Selangor boleh menghubungi sendiri bahagian yang menguruskan peruntukan itu bagi mendapat kepastian.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here